There Is A Princess In Every Girl
TARBIYAH DIRI
Wednesday, 5 April 2017 • 4/05/2017 • 0 comments


ASSALAMUALAIKUM,

pembaca saya yang budiman. Hihi
Harini, nak kongsikan beberapa cerita tentang diri ini dan tarbiyah yang Allah
nak bagi sepanjang beberapa minggu sebelum ini.
Cerita yang panjang, kalau berminat boleh teruskan membaca.

Saya selalu berdoa supaya Allah jaga diri ini.
Bukan setakat fizikal badan, tapi juga dalaman.
Minta, itulah yang sepatutnya kita buat.
Benda yang kadang-kadang saya sendiri terlepas pandang,
rasa yang 'eh, Allah ada lah!' dan terus lupa untuk berdoa.
Memang tak patut.

Jadi, yang pertama BERDOALAH
meski Allah tahu segala isi hati kita walau tanpa doa, berdoalah!
Allah sangat suka bila hamba-hambaNya berdoa.
Itu salah satu tanda kita sebagai hamba yang merasa rendah hati
dengan keagungan dan kebesaran Allah.

Beberapa minggu yang lepas,
hati ini benar-benar memberontak mahukan lebih dari seorang murobbi
Dan saya katakan pada murobbi apa yang saya rasa,
apa yang tidak puas hati dan sebagainya.
Benar-benar rasa tidak disantuni sebagai mutarobbi,
sehingga terasa mahu bercerita kepada murobbi kepada murobbi saya.
Faham? Hehe... 
Maknanya, murobbi saya juga punya murobbi yang saya panggil Kak S
 Mahu adukan pada Kak S apa yang menyedihkan saya tentang murobbi saya.
Ibarat, saya seorang murid nak laporkan keburukan guru kelas kepada pengetua sekolah.

Tapi, berulang kali saya tahan kerana saya tahu saya juga bersalah.
Selepas berlaku perselisihan dengan murobbi, 
saya berhasrat untuk menceritakan kepada salah seorang usrahmate saya, A.
Meluahkan apa yang tersimpan.
Pada masa tu, kami makan di kafe sambil-sambil bercerita.
Pada waktu itu juga, murobbi bagitahu dalam group whatsapp mengenai keberadaannya
di kolej kami, di salah satu bilik usrahmate yang lain.
Selepas maghrib di bilik D (usrahmate juga),
saya dan A berjalan pulang ke kolej kami.
masa itu saya berperang dengan diri sendiri,
nak jumpa murobbi atau balik terus ke bilik sendiri.
A buat keputusan untuk berjumpa dengan murobbi, tapi saya enggan.
Dan kami berpisah di tengah jalan.
Seorang berjumpa murobbi, seorang lagi konon-kononnya terluka membawa 
diri ke dalam bilik, mahu menjauh dari sang murobbi.

Berjalan ke bilik sambil terus berfikir.
Sampai sahaja di depan pintu bilik, nafas dihela perlahan dan berat.
Kunci dikeluarkan dari poket, dan seperti biasa masukkan kunci ke tombol pintu.
Sekali, dua kali... eh kenapa tak boleh buka pintu?
Saya lihat kunci itu. 
Membuntang mata kerana pelik melihat keadaan kunci yang sudah bengkok.
Sejak bila kunci ni macam ni? Ada langgar apa-apa ke sampai kunci jadi bengkok begini?
Tapi setahu saya, kunci tu elok saja dalam poket seluar.
Ya Allah...

Lama saya berdiri depan pintu. 
Lama.

Fikiran melayang pada murobbi saya.
Kaki terus melangkah meninggalkan tempat selesa saya (bilik)
dan melaju ke bilik usrahmate K di mana murobbi saya berada.

Salam diberi, dan pintu dibuka perlahan dari luar.
Saya lihat murobbi, A, K dan H sedang duduk berma'thurat.
Oh ya, semua ni usrahmate saya!
Saya terus ambil tempat di sebelah murobbi dan bersalam.
Murobbi senyum, dia tahu saya marah.
A memerhati sambil tersenyum, kerana dia tahu apa yang berlaku.
Selesai berma'thurat, murobbi bertanya sama ada saya marah padanya
Saya diam.
Murobbi terus-terusan cuba menceriakan hati ini.
Dia ambil handphone dan tunjukkan gambar.
Adalah gambar tu yang buatkan saya tersenyum.
K dan H ikut senyum walau mereka tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya.

Kunci bengkok tadi diberikan kepada A.
Sekelip mata saja, kunci tadi dapat diluruskan. Speechless.
Sebelum ke sini, bersungguh juga nak luruskan kunci tapi gagal.

Saya senyum pada A. Dia senyum kembali.
Allah kabulkan doa saya, untuk terus menjaga hati ini.
Kalaulah saya terus menjauhkan diri daripada murobbi,
hati saya memang tak akan sembuh.
Hati saya akan terus-terusan bersangka buruk, marah atau mungkin
juga berdendam? Na'uzubillahiminzalik.
Saya bersyukur kerana Allah bengkokkan kunci bilik saya.
Logiknya, saya tak boleh habis fikir macam mana kunci tu boleh bengkok.
Tak buat apa-apa pun. Elok saja kunci dalam poket.
Tak ada pula buat aksi merempit ke, aksi merejam lembing ke...
langsung tak ada!
Semuanya memang atas kuasa Allah.
Terfikir, kalau saya dapat masuk ke dalam bilik tadi
dah tentu saya akan terus buat hal sendiri dan malas nak layan apa-apa
pun yang datang daripada murobbi saya.
Semua tu akan memberi kesan kepada tarbiyah diri, 
dan kerja-kerja dakwah saya. 
Bila hati tak rela, bagaimana hati nak bertindak balas terhadap
setiap bahan yang murobbi bagi dalam usrah?
Bila hati tak ikhlas, bagaimana untuk mendidik mutarobbi?
Bagaimana untuk membina Individu Muslim? UA?

Allahu Allah... tengoklah, sekecil-kecil perkara pun
boleh memberi kesan yang sangat besar, bukan setakat terhadap diri sendiri
tapi juga seluruh umat.
Pernah terbaca satu quote yang lebih kurang begini,
sehari kehidupan daie menentukan seratus hari kehidupan ummat.
Besar sungguh maknanya kan? :")

Tentang murobbi, dia juga seorang manusia. Kami sama-sama manusia.
Sama-sama sedang membina IM dalam diri,
sama-sama sedang bermujahadah menepis segala benda yang datang dari syaitan.
Manusia tak pernah lari daripada membuat salah.
Sebab itu, pintu taubat sentiasa terbuka sementara masih hidup.
Allah tahu, hambaNya akan tergelincir dan oleh kerana cintanya Allah
pada kita, Dia berikan kita peluang untuk terus membaiki diri,

yang kedua, BERLAPANG DADA.
tingkat ukhuwah yang paling tinggi, atau dalam bahasa arabnya ITSAR!
Kalau kita rasa kita saja yang betul, macam mana nak tahu kita juga salah sebenarnya?
Murobbi bukan maksum, kita tak boleh letakkan seluruh kepercayaan
dan kecintaan kepadaNya.
Hebat bukan Allah?
Tak ada sesiapa pun yang dapat tandingi kekuasaannya.
Tak ada sesiapa pun yang sempurna melainkan Dia.

Jadi, itu kisah pertama.
Pergolakan dengan murobbi yang akhirnya alhamdulillah selesai.

Kisah kedua. yang menguji Al-Falaq.
Saya ada group project di Batu Pahat untuk hari Khamis.
Dimestikan untuk berada di sana pada malam Khamis.
Pada mulanya, kami rancang untuk gerak malam itu
tapi mereka berempat (groupmate) nak gerak Rabu petang tu.
Disebabkan pada awalnya rancangannya malam, 
saya tak boleh nak ikut mereka semua gerak petang tu.
Saya ada hal petang tu.

Jadi, ya saya sendiri meredah malam memandu sambil melihat google maps
Benda tu tak best, memang tak best. Malam, penglihatan agak terhad.
Tapi saya gagahkan juga, saya fikir saya kena selesaikan semuanya
sebelum bergerak ke KL untuk daurah al-Fateh.

Sesat, benda yang biasa.
Tapi kalau dah sesat malam-malam sendiri memang tak seronok.
Habistu kalau sesat ramai-ramai dan waktu siang, seronok ke? xD
Okey, gurau.

Pada masa itu jugalah, internet slow.
Tak dapat connect nak tengok maps.

Cuba berkali-kali alhamdulillah boleh juga, 
selepas berhenti di tepi rumah orang cina yang ada bela anjing.
Tak peduli langsung dengan salakan anjing yang memanggil tuannya.
Yalah, faham aje dengan anjing. Mereka sangat pantas kenalpasti 
manusia asing di sekitar perumahannnya.
Tapi, saya buat tak tahu saja. Hehe. Biarlah anjing tu,
Yang penting, bukanlah niat saya untuk mencuri atau merompak tuannya.
Saya nampak ada orang menghendap di balik pintu disebabkan lampu dari dalam.
Mesti orang tu risau kan anjing dia menyalak tak sudah.
Biarlah dia mengendap. Jangan risau uncle. Saya tumpang berhenti aje nak tengok maps.
Hehehehehe....

Setelah pusing berkali-kali, masih tak jumpa jalan.
Mungkin disebabkan rumah orang kampung, susah sikit nak cari dalam maps.
Balik-balik jalan salah.
Saya berhenti lagi di tepi jalan, di kepekatan malam.
Benda yang paling gila, dengan selamba saya biarkan tingkap terbuka.
Ya Allah, bahaya sangat sebenarnya.
Tapi macam tak fikir sangat pasal tu, asalkan dapat cari rumah yang sepatutnya.

Saya telefon groupmate. Minta bagi location.
Sebenarnya mereka juga belum sampai rumah, ada tengah makan kat kedai.
Tapi disebabkan rasa nak berehat, degil nak juga cari rumah tu.
Tak ada rasa nak makan langsung.
Tapi akhirnya, sesat. Huhu :')

Barulah saya menuju ke kedai makan.
Sepanjang mencari jalan, google maps bagi jalan dalam kampung.
Ya Allah, jalan tadi pun dah cukup sunyi.
Rumah-rumah gelap, lampu jalan pun tak ada.
Tapi ini bertambah gelap, dengan hutan kiri dan kanan.
Masuk sini hutan, masuk sana hutan juga.
Macam tak jumpa dah jalan keluar.
Ada juga lalu sebelah kubur. Huhu. Mentaliti orang kita kan,
mesti takut dengan kubur, padahal yang sepatutnya bila lalu saja tepi kubur
apa yang patut kita rasa adalah insaf!

Memang banyak berdoa.
Sebab jalan terlalu sunyi, dengan macam tak nampak langsung jalan yang terang.
Tak nampak langsung rumah-rumah.
Yang ada, hutan kiri dan kanan.
Akhirnya, alhamdulillah jumpa juga jalan besar.
Tarik nafas lega sikit. Berpeluh dari tadi mencari jalan.
Saya tak buka aircond, tengah jimat minyak. Huhu.

Jadi benda ni memang menguji Al-Falaq
Dalam surah ni kan, menceritakan tentang gangguan luaran yang sepatutnya
akhirnya kita balik pada Allah semula.
Kita minta pertolongan daripada Allah saja.
Kalau surah An-Nas, cerita pasal gangguan dalaman.
Pernah tengok cerita Munafiq?
Ya Allah, mendalam sangat cerita tu, boleh kaitkan dengan surah An-Nas tu.
Rasa amaze sangat ada orang boleh buat movie macam ni.
Maksud tersirat dalam cerita ni, dia nak settlekan surah An-Nas ni.
Maksud tersurat pula, dia nak settlekan surah Al-Falaq ni.
Kalau tak pernah tengok, bolehlah tengok tapi kena setkan dalam kepala
tengok cerita ni bukan sekadar suka-suka, tapi
nak mencari ibrah yang boleh membantu sedikit sebanyak kehidupan seharian kita.

Kenapa menguji Al-Falaq?
Luarnya nampak berani, tapi dalam hati...
Berani mana pun, mesti ada juga rasa takut.
Yalah, bahaya kat mana-mana pun ada apatah lagi dalam keadaan
yang gelap dan keliling tu hutan, Pula tu buka tingkap (memang kena jimat minyak)
Dan saya seorang perempuan.
Banyaklah benda yang mengganggu fikiran.
Kalau nak difikirkan, zaman sekarang banyaklah kes kan.
Jadi, semuanya saya berbalik pada Allah untuk jaga dan lindungi saya.
Bukan saya sengaja berseorangan di tempat yang macam tu.

yang ketiga, semua dalam Al-Quran tu memang sangat RELEVEN
untuk kita semua. Sepanjang masa.
Contoh kes tadi, surah Al-Falaq.
Kita dalam kehidupan seharian, balikkan semula pada Allah.
Apa pun jadi, cepat-cepat muhasabah dan cari semula cerita yang sedang kita alami
tu dan kaitkan dengan surah-surah yang pernah kita dapat.
Dah memamng Islam tu gaya hidup, meliputi semua aspek.
Semua ada dalam Al-Quran. Ambillah pengajaran daripadanya.

Selepas habis group project, sekali lagi memandu sendiri
balik ke JB. Waktu ni siang. Tapi sebelum tu sempat singgah rumah kat Rengit.
Terpaksa balik sendiri sebab saya kena bergegas ke KL dengan F (usrahmate)
Groupmate yang lain, masih lagi nak duduk di BP
sambil-sambil ambil angin.

Sebenarnya semua Al-Fateh dah gerak ke KL, tinggal F untuk pergi
sekali dengan saya. Sebab saya ada hal di BP kan.
Jadi saya minta seorang untuk pergi sekali dengan saya.
Rupa-rupanya ada lagi dua orang pun yang belum pergi lagi.
Maka, kami berempat naik bas.
Bas pukul 5, sampai malam tak ingat pukul berapa.
Tapi sampai kat Furqan pukul 11 macam tu.

Furqan besar sangat, tiga tingkat.
Boleh dikatakan selesa untuk kami Al-Fateh yang 45 orang termasuk para murobbi.
Daurah kami bahagikan kepada dua kumpulan
Kumpulan Satu di tingkat bawah, dan Kumpulan Dua di tingkat dua.
Tingkat tiga untuk ahlul Furqan sahaja.

Jadi kami dapat alam selepas kematian, which means Alam Barzakh.
Banyaklah kalau nak ikutkan. Selepas itu, melawat kubur.
Hari kedua, dapat Al-Islamu Akhlaqo
Yang ni paling tak sangka maksud akhlaq sebenarnya.
Huhu, banyak kan yang kita tak tahu sebenarnya.
Tapi kita acah-acah tahu sebab dah pernah belajar Pendidikan Islam dulu.
Huhuhuhu....

Hadaf saya post ni bukanlah nak bercerita apa yang saya dapat masa daurah,
tapi lebih kepada menceritakan tarbiyah yang Allah nak bagi secara tak langsung.

Selesai saja daurah dua hari, dah sampai masanya untuk balik semula ke JB.
Tiket memang dah beli siap-siap pukul 5.
Kami habis daurah dan resolusi dalam pukul 3.30 petang.
Para murobbi pun hantar kami ke KTM bergilir-gilir, yalah 45orang tak cukup
nak masuk tiga buah kereta sekaligus. Heeee~

Tunggu punya tunggu sampai 4,30 petang.
KTM tak sampai-sampai, dan sungguh keadaan ni sangat mencemaskan.
Sedangkan kat papan tu estimated arrive pukul 4.29 macam tu.
Tiba-tiba ada pengumuman, yang mengatakan KTM delay sebab ada berlaku
masalah kat mana entah. Waktu tu...
dah kecohlah kami semua kat situ. Macam mana ni...
Nak buat apa, bas pukul 5?
Furqan tu kat Bangi, nak ke TBS dengan KTM.

Jam 4.35...
Okey masa tu semua orang cuba call syarikat bas.
Kitaorang semua adalah dalam tiga bas.
Saya naik Mayang Sari, selebihnya Causeway Link dan KKKL
Masing-masing bersangka baik, fikir yang kita semua ramai
Takkan bas nak tinggalkan? Ceh cehhh... Hahaha

Tapi tak boleh juga. Memang tak senang duduk.
Jadi Kak A call orang-orang dari Furqan, minta tolong.
So tiga kereta tadi datang semula.
Wakil 5 orang setiap bas pergi naik kereta dan tolong tahan bas.
Dan saya salah seorang dari yang menaiki kereta.
Berdoa sungguh-sungguh dalam kereta semua orang
Supaya sempat sampai ke TBS, dapat pujuk pak cik bas tunggu sekejap
untuk selebihnya yang masih tunggu di KTM.

Tapi takdir Allah lain pula yang jadi.
Kita semua merancang begitu begini... tapi rupanya
bila masuk aje ke dalam kereta, KTM dah sampai
Kami yang dalam kereta berhadapan dengan jammed! MasyaAllah.
Dugaan sangat masa ni. Macam drama pun ya.

Yang naik KTM sempat sampai, dan tahan bas.
Dan of course kena marah.. hehe
Tapi nak buat macam mana kalau itu saja usaha yang ada.

Untuk Mayang Sari, kami diberi peluang untuk naik bas yang 5.30 petang
Itu pun setelah bernanah telinga. Hehe...
Jadi yang tiket pada asalnya pukul 5.30 petang ditukar kepada 5 petang.
Jadi kat situ selamat, Alhamdulillah.
Turun saja dari kereta, memang macam apa berlari.
Perasan aje orang yang tukang cop tiket tu gelakkan kami. Tak adalah gelak
dia macam tersenyum kelakar gitulah.
Tapi apa boleh buat, bukan niat kami untuk digelakkan atau disenyumkan.
Mereka semua berlari, tapi saya kurang gemar nak berlari sangat.
Dengan tinggi melampau, malulah nak lari beriya. Lari sikit aje. Hehe
Tak adalah melampau sangat tingginya. Haha...
Cuma, terasa menarik perhatian pula orang tinggi ni berlari
*ini bukan perasan tau, cuma sebagai seorang perempuan
semua benda kita kena peka.
Bila sampai je kat semua orang yang satu bas ni, lega yang amat ya Allah.
Masing-masing nampaklah riak susah hati, tapi alhamdulillah sangat.
Masa ini barulah tahu dapat tukar ke 5.30 tu.
Kalau tahu dari awal, mungkinlah tak berlari sangat. Haih, macam drama. Hee~
Bila naik bas tu, sekali lagi kena perli dengan orang yang cek tiket tu.
Nampaklah dia marah, tapi sebenarnya dia baik aje.
Sebabnya bila salah seorang dari kami tak dapat tempat duduk,
dia pun panggil. 'Kak, depan ni satu kosong.'
Bersyukur sangat semuanya cukup-cukup tempat duduk,
yalah, dah tukar dengan yang 5.30 punya tu. Boleh jadi ada yang tak tukar sebab tak sampai lagi.
Jadi, semuanya cukup. Orang tu pun terkejut juga sebenarnya.
Sebab mengikut perkiraannya pada awalnya, kurang satu.
Allah memang nak bantu kami. Alhamdulillah :)

Itu baru kisah satu bas. Haha
Apa jadi dengan Causeway Link dan KKKL?

Untuk Causeway Link, tak silap Kak F yang drive bawa lima orang tu
sampai paling awal. Kak F juara memecut. Hehe.
Jadi, yang ni memang tak ada isu. Tak silaplah.
Yang dari KTM dan naik kereta sama-sama sampai dan naik bas pukul 5 tu.
Alhamdulillah.
Oh ya, tapi adalah juga yang tertinggal bas sebab
mula-mula macam ni, si A turun sekejap dari bas nak tengok platform ke apa,
lepas tu si B pun turun juga sebab nak mencari si A. Bas dah nak gerak ni.
Akhirnya, dua-dua tertinggal bas. Ya Allah...

Untuk KKKL, hmmm ni sedih sikit.
yang dari KTM tak berjaya nak pujuk pak cik bas.
Tapi mereka usaha lagi. Lagi dan lagi.
Pak cik bas pun macam lembut hati sikit.
Dia kata, dia akan tunggu di tol mana entah tak ingat. Haha
Tapi lebih dekatlah yang dari kereta ni nak sampai.
Dia kata, habis je sebatang rokok dia akan terus gerak.
Tak ada lagi belas kasihan. No more!
Yang dari kereta sempat sampai, tapi rupanya salah tempat.
Ya Allah :-/ kesian sangat mereka semua.

Jadi total yang tertinggal bas: 5 + 2

Huhu... kalau diingat semula memang kelakar sangat.
Tapi dalam masa yang sama, semua tu bagi satu rasa yang Allah tengah pandang kita semua.
Tengoklah tiket pergi dan balik.
Kalau ikutkan akal yang logik, buat apa pergi KL semata daurah?
Kenapa tak nak buat saja kat JB? Jimat duit, tak adanya jadi macam ni.
Tapi, sebenarnya dalam tak sedar...
Allah sedang membersihkan harta-harta kita.
Kita sanggup berkorban tenaga dan masa kita untuk ke KL
Kita sanggup keluarkan duit untuk tiket bas.
Apatah lagi tiket yang burn tu, mesti lagi hebat muhasabah diri mereka kan.
Kalau kita tengok para sahabat, ada yang sanggup bermusafir jauh
semata-mata nak berjumpa dengan Rasulullah.
Okey, kalau contoh tu jauh sangat saya bagi contoh lain.
Contoh dari seorang akhawat Terengganu yang belajar kat Indonesia.
Beliau ceritalah, ditakdirkan satu hari dia ditukar usrah.
Murobbinya jauh di sana (tak ingat kat mana) yang ambil masa satu hari untuk
sampai. Tempatnya masih di Indonesia, cuma tak ingat di mana.
Haish, banyak benda betul tak ingat. Hehehe
Jadi bayangkan jela, setiap minggu habiskan duit untuk berjumpa murobbinya
yang jauh tu. Usrah pula mungkin 2 atau 3 jam saja, lepastu balik?
Kalau orang yang tak faham, memang mereka akan kata kita buat kerja yang sia-sia.

jadi yang keempat, Allah mengajarkan kami semua erti
PENGORBANAN dan bagaimana kami berhadapan dengan situasi yang tak diduga.
Allah mengajar lagi untuk terus berdoa dan meminta padanya.
Allah mengajar kita untuk punya rasa TAWAKKAL dan serahkan semuanya padaNya.
Hebat sangat tarbiyah yang Allah nak bagi!

Sampai saja JB, masing-masing pulang ke kolej. Esok ada kelas.
Tapi semuanya tak berakhir di situ.
Saya kena ambil H dalam pukul 2 pagi macam tu.
Sebab dia naik bas lewat sikit, ada kenduri rumah saudaranya di KL juga.
Saya fikir okey saja nak pergi sendiri, tak payah susahkan sesiapa
Tapi, bila difikir... kalaulah nak buat kerja ni sendiri
tak payahlah duduk dalam dakwah dan tarbiyah ni
sebab dakwah dan tarbiyah memerlukan antara satu sama lain
tak boleh berseorangan.
Lagi pula, saya perempuan. Banyaklah benda yang kena fikir.
Lagi satu, tak ingat jalan juga ke Larkin. Hehehehehe...

Jadi saya ajak salah seorang usrahmate, F.
Masih ingat, betapa lajunya kereta saya bawa kerana fikir dah lewat malam.
Tak elok kami perempuan berlama di luar malam-malam.
Sehinggalah satu tahap saya dihon bertalu-talu.
Ya Allah :'(
Rupanya saya sudah menyusahkan orang.

F yang memang takut bila orang bawa kereta laju sangat
pun tegur, 'tak apa. jangan laju sangat.'
Perasan sajalah betapa ngerinya dia setiap kali saya memotong kereta-kereta.
Katanya, ayah dia bawa perlahan saja. Itu yang dia tak biasa.

yang kelima, kita kena juga FIKIR ORANG LAIN
macam situasi kat jalan raya tadi.
Ya Allah, rasa bersalah sangat dengan pemandu-pemandu yang ada masa tu.
Kesian mereka terpaksa berhadapan dengan kegelojohan saya :(
Dalam masa yang sama, bersyukur sangatlah Allah jaga kami :")
Alhamdulillah tak berlaku apa-apa yang tak diingini.
Alhamdulillah sangat :)

Sebenarnya banyak lagi nak cerita, tapi mungkin sampai sini saja.
Sebab selepas daripada ke KL tu, saya dihantar ke Kuantan pula
Melawat akhwat di sana, melihat sendiri insan-insan di salah sebuah universiti di situ.
Yang ni pun banyak kisah dan ibrahnya.
Tapi cukuplah itu sahaja yang diceritakan.

Ini baru balik dari Kuantan, dan ada di rumah.
Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya.
Semoga tetap teguh dalam jalan ini.
Setiap perjalanan yang dilalui itu sepatutnya memberi makna bagi seorang daie
Sebab semua tu Allah dah aturkan, jadi mestilah ada
sesuatu yang Allah nak bagi yang perlu kita fikirkan kenapa.
Setiap perjalanan juga semoga membesarkan kami semua Al-Fateh :)

Terima kasih sudi membaca :D


Followers
Button follow memang tak ada :)

Disclaimer
Welcome message


Assalamualaikum :)
Terima kasih kerana singgah di sini




Contact Me
Ukhuwah itu indah jika kerana Allah !




Credits
Big clap for them...


Skin by : Najmi Supian
Picture take from : We Heart It
Linkies code : WANA
Big Helped : Them