There Is A Princess In Every Girl
Cerita Sedih :')
Monday, 20 February 2012 • 2/20/2012 • 0 comments


Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas
mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital.
Dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan.
Dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri
menunggunya ...
Apabila si Ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak ....

"Mengapa kamu ambil masa yang lama untuk datang ??
Kamu tahu tak anak saya dalam keadaan bahaya sekarang ni ??
Kamu takde rasa bertanggungjawab ke ??"

Doktor tersebut tersenyum dan terus berkata...

"Maafkan saya. Saya berada di luar hospital tadi dan saya datang sepantas
yang mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan dan sekarang
saya harap anda bertenang. Jadi, saya dapat buat kerja saya dengan baik"

"Bertenang kamu kata ?? Kalau anak kamu yang berada dalam bilik tu sekarang ni
bolehkah kamu bertenang ?? Kalau anak kamu mati sekarang ni, apa yang
kamu buat .." kata si Ayah dengan marah.

si Doktor tersenyum dan berkata lagi...

"Saya akan kata bahawa Allah telah berfirman ... Daripada Allah kita datang, dan
kepadaNYA kita kembali... Doktor tak mampu memanjangkan
hayat seseorang tapi
InsyaAllah ,, saya akan cuba buat yang terbaik"

"Memberi nasihat bila kita tak alaminya memang senang".. gumam si Ayah.

Pembedahan itu mengambil masa beberapa jam..
Tak lama kemudian , doktor itu keluar dengan gembira.

"Alhamdulillah . Anak anda selamat"
Dia terus berjalan tanpa menghiraukan si Ayah.
"Kalau ada soalan, sila tanya pada jururawat .."

"Kenapa doktor tu sombong sangat ya ??
Tak boleh ke tunggu sekejap .. beritahu tentang keadaan anak saya ??"
soalnya apabila melihat jururawat.

Jururawat itu berkata sambil air matanya mengalir ke pipi.
"Anaknya meninggal dunia semalam dalam kemalangan jalan raya.
Dia berada dalam upacara pengebumian anaknya ketika 
kami menghubunginya.
Dan sekarang, dia telah pun menolong anak encik
dia tergesa-gesa untuk menghabiskan upacara pengebumian anaknya"

MORAL : Never judge anyone because you never know how their life is
and what they're going through.. :')



Followers
Button follow memang tak ada :)

Disclaimer
Welcome message


Assalamualaikum :)
Terima kasih kerana singgah di sini




Contact Me
Ukhuwah itu indah jika kerana Allah !




Credits
Big clap for them...


Skin by : Najmi Supian
Picture take from : We Heart It
Linkies code : WANA
Big Helped : Them