There Is A Princess In Every Girl
Sifat Terpuji Yang Ada Pada Anjing
Monday, 20 February 2012 • 2/20/2012 • 0 comments


Memang semua orang tahu ..
Anjing dikategorikan sebagai najis berat dalam Islam.
Tapi ramai yang tak tahu mereka juga ada sifat terpuji.


PERTAMA
> Anjing itu sentiasa lapar dan jarang makan sampai kenyang
> Sifat orang-orang soleh

KEDUA
> Tidak mempunyai tempat yang tetap
> Berpindah-randah mengikut keperluannya
> Sifat orang yang bertawakkal kepada Allah

KETIGA
> Tidak tidur pada waktu malam melainkan sedikit saja
> Selalu berjaga-jaga
> Sama seperti orang yang cintakan Allah, sentiasa renggang punggungnya
dari tempat tidur kerana bermunajat kepada Allah

KEEMPAT
> Jika anjing mati, tiada barang yang diwariskan dan tidak
ada pula yang mewariskan
> Sifat hamba Allah yang zuhud

KELIMA
> Tidak meninggalkan tuannya, tidak merajuk, tidak melarikan 
diri walaupun dimarah atau dipukul
> Sifat yang dimiliki murid siddiqin yang sedang belajar dengan guru
> Tidak marah apabila ujian datang bertimpa-timpa

KEENAM
> Redha dan lebih suka bertempat di tanah atau tempat yang lebih rendah
daripada tempat manusia
> Sifat orang yang merendah diri dan tawadhu'

KETUJUH
> Jika tempatnya diambil oleh orang lain
dia berpindah ke tempat lain tanpa dendam
> Tanda hamba Allah yang redha akan ketentuanNYA

KELAPAN
> Jika melihat orang makan dari jauh, dia tidak meminta atau mengganggu
> Jika diberi makan atau tidak, dia diam saja
> Sifat orang miskin yang redha dengan pemberian Allah

# Renung-renungkan dan selamat beramal ;)

Followers
Button follow memang tak ada :)

Disclaimer
Welcome message


Assalamualaikum :)
Terima kasih kerana singgah di sini




Contact Me
Ukhuwah itu indah jika kerana Allah !




Credits
Big clap for them...


Skin by : Najmi Supian
Picture take from : We Heart It
Linkies code : WANA
Big Helped : Them