There Is A Princess In Every Girl
JANGAN Dalam Islam
Sunday, 4 March 2012 • 3/04/2012 • 0 comments


-JANGAN tidur selepas solat subuh
Nanti rezeki mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat

-JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan

-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah
jadikan manusia itu makhluk yang paling sempurna

-JANGAN keluar rumah tanpa niat membuat kebaikan
Takut-takut kita mati dalam perjalanan

-JANGAN pakai selipar yang berlainan pasangan
Makruh dan mewarisi kepapaan

-JANGAN biarkan mata liar di perjalanan
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa

-JANGAN menangguh taubat apabila melakukan dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa

-JANGAN ego untuk meminta maaf sesama manusia
kalau memang kita bersalah

-JANGAN mengumpat sesama rakan
Nanti rosak hubungan saudara antara satu sama lain

-JANGAN lupa bergantung kepada Allah dalam setiap kerja kita
Nanti kita sombong apabila berjaya, kalau gagal kecewa pula

-JANGAN bakhil untuk bersedekah
Sedekah itu memurahkan rezeki kita

-JANGAN banyak ketawa, nanti mati jiwa

-JANGAN biasakan berbohong
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita

-JANGAN suka menganiayai manusia dan haiwan
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah

-JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana kekal selamanya

-JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN
Sebab semuanya untuk keselamatan kita

# Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita semua


Followers
Button follow memang tak ada :)

Disclaimer
Welcome message


Assalamualaikum :)
Terima kasih kerana singgah di sini




Contact Me
Ukhuwah itu indah jika kerana Allah !




Credits
Big clap for them...


Skin by : Najmi Supian
Picture take from : We Heart It
Linkies code : WANA
Big Helped : Them