There Is A Princess In Every Girl
Duhai Hati
Friday, 13 April 2012 • 4/13/2012 • 0 comments


Assalamualaikum ....
Apa khabar kamu yang bernama hati ?
Sihat ?
Atau mungkin kurang sihat ?
Aku harap dirimu akan seceria mentari yang sentiasa menyinari alam ini

Duhai hati ..
Jagalah dirimu sebaiknya, peliharalah tubuhmu daripada
anasir anasir yang cuba menggodamu


Duhai kau yang bernama hati ...
Janganlah mudah kau percaya akan dunia yang penuh racun berbisa
Jangan mudah kau mengalah dan rebah dengan dunia yang
berselirat dengan kehitamannya
Kuatkan dirimu , kentalkan jiwamu
Perangilah nafsu duhai hati ...
Jadikanlah zikrullah dan ayatullah sebagai benteng dan perisaimu


Untuk dirimu yang bernama HATI
Jangan cepat berundur dan mengalah tatkala ujian datang menyergah
Walau kadang dirimu ingin rebah , kadang terduduk menangis pilu
Bangkitlah wahai hati .. Ingatlah bahawa Dia sedang mengujimu
Itu tandanya dirimu masih disayangi-NYA


Untuk dirimu yang bernama HATI
Usah dibiarkan jiwamu kosong .. hambar .. sunyi ..
Tiadanya iman dan taqwa mengiringi dirimu
Penuhilah dengan bertasbih memuji kebesaran Ilahi
Moga sentiasa nama-NYA dalam dirimu


# Ya Allah ya tuhanku ... Semoga ujian yang menimpa diriku ini bukanlah kerana
atas dosa-dosaku yang lalu ... Tapi adalah kerana Engkau masih
menyayangiku .. Terima kasih Ya Allah :')




Followers
Button follow memang tak ada :)

Disclaimer
Welcome message


Assalamualaikum :)
Terima kasih kerana singgah di sini




Contact Me
Ukhuwah itu indah jika kerana Allah !




Credits
Big clap for them...


Skin by : Najmi Supian
Picture take from : We Heart It
Linkies code : WANA
Big Helped : Them