There Is A Princess In Every Girl
Coretan Hati
Friday, 18 May 2012 • 5/18/2012 • 0 comments


Ya Allah ...
Hari ini .. aku memungkiri lagi janji taubatku
Aku kembali mengulangi kesilapan lalu
Aku merelakan diriku dibuai godaan nafsu
Aku biarkan diriku ditipu oleh pujukan syaitan :') 

Sudah berkali-kali aku menzalimi diri sendiri
Sudah berkali-kali aku merosakkan imanku sendiri
Walaupun aku sedar Engkau Maha Melihat
Walaupun aku sedar adanya malaikat pencatat
Walaupun aku sedar dosa mengundang azab ! :') 

Entah apa sudah jadi dengan diriku
Terasa iman di jiwa semakin parah
Semakin lemah dan semakin rosak
Ketakutanku terhadap azabMu semakin kurang
Semakin pudar seakan lenyap .... :') 

Aduhhhh .. Teruknyaa dirikuuu ...

Ya Allah ...
Berilah aku kekuatan dan petunjuk
Agar mampu ku tewaskan rayuan nafsu dan syaitann
Yang sangat hebat membinasakan diriku
Sangat bijak menjauhkan diriku daripadaMu
Sehingga aku lalai dalam urusan kehidupanku
Sehingga aku lupa dan tidak peduli akan kehidupan selepas matiku ...

Ya Allah ...
Bagaimanalah kedudukanku di sisimu ?
Adakah diriku yang penuh dosa ini akan terselamat di akhirat sana ?
Adakah aku antara manusia yang bakal memenuhi Neraka Jahanam ?
Lalu aku hidup dalam binasa celaka buat selamanya

Aku tidak mahu Ya Allah :')
Aku tidak mahu masuk dalam golongan itu !
Aku tidak mahu hidup senang di dunia tapi sengsara di akhirat !
Aku tidak mahu Ya Allah .....

Ya Allah ... :') 
Maafkanlah diriku .. Tolong maafkan diriku ..
Ampunkan segala dosa yang aku kerjakan selama ini
Ampunkanlah segala dosa yang aku anggap remeh selama ini
Terlalu banyakk ... Tidak terhitungg ... :') 

Ampunkanlah Ya Allah .. Ampunkanlah Ya Allah ..
Bersihkanlahh dirikuuu ..
Sesungguhnya aku sangat berkehendak akan syurgaMu .. :') 

Aku merayu penuh mengharap ..
Lindungilah diriku daripada mengulangi kembali dosa lalu ..
Suburkanlah kekuatan iman dalam tekadku ..
Agar aku mampu mengusahakan yang terbaik dalam hidupkuu .. :') 

Redhailah diriku Ya Allah ..
Redhailah keluargaku Ya Allah ..
Redhailah sahabat-sahabatku Ya Allah ..
Rahmatilah kami Ya Allah ..
Rahmatilahh .. Rahmatilahh .. :') 

Duhai jiwa yang resahh ...
Hayatilah pujukan murni daripada Allah ini ...

Katakanlah : "Hai hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa kesemuanya .. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang .."

Sumber : I LUV ISLAM

# Tiba-tiba rindu pada sahabat lama
Semoga kalian dilindungi dan dirahmati Allah sentiasa :)



Followers
Button follow memang tak ada :)

Disclaimer
Welcome message


Assalamualaikum :)
Terima kasih kerana singgah di sini




Contact Me
Ukhuwah itu indah jika kerana Allah !




Credits
Big clap for them...


Skin by : Najmi Supian
Picture take from : We Heart It
Linkies code : WANA
Big Helped : Them