There Is A Princess In Every Girl
Hadiah Dari Allah
Tuesday, 28 August 2012 • 8/28/2012 • 6 comments


Cinta umpama hadiah daripada Allah.
Kita gembira dan suka apabila menerima hadiah.
Namun, wajarkah hadiah lebih dicintai daripada Pemberi hadiah ?
Jawabnya, tepuk dada, tanya iman di dalam jiwa.
Tentulah Pemberi hadiah. Malangnya, apa yang berlaku kekadang lebih daripada itu.
Pujaan, sanjungan dan sikap mengangung-agungkan cinta dalam nyanyian dan filem
kekadang sampai ke tahap boleh 'mempertuhankan cinta'.
Seolah-olah cinta itulah segala-galanya. Padahal dalam realitinya,
cinta yang sebegitu selalunya sirna setelah diuji di alam rumahtangga.
Sementara belum dapat... dipuji dan dipuja, tapi setelah dapat ?
segala kemanisannya hilang. Apa yang tak kena dengan cinta ni ??

Mengapa kadar perceraian dalam kalangan kita semakin meningkat
walaupun pujian terhadap cinta semakin melimpah ?
Cuba buka radio, tonton VCD ....
Kebarangkalian kita semua akan mendengar lagu cinta, menonton kisah cinta.
Dalam kisah pahlawan, terselit kisah cinta.
Dalam kisah sejarah, dibesarkan soal cinta.
Tapi .. Persoalannya ... Benarkah ia cinta sebenar yang kerap kita
dengarkan dan rasakan ? 
Fikir-fikirkanlahh wahai orang-orang yang berimann .. :))

Diambil dari buku Tentang Cinta


Followers
Button follow memang tak ada :)

Disclaimer
Welcome message


Assalamualaikum :)
Terima kasih kerana singgah di sini




Contact Me
Ukhuwah itu indah jika kerana Allah !




Credits
Big clap for them...


Skin by : Najmi Supian
Picture take from : We Heart It
Linkies code : WANA
Big Helped : Them