There Is A Princess In Every Girl
Umat Islam Akhir Zaman
Sunday, 9 September 2012 • 9/09/2012 • 1 comments


Akan datang satu zaman di mana umat Islam akan ditindas dan dizalimi
sewenang-wenangnya oleh orang kafir.
Allah SWT akan menarik rasa gerun dan rasa takut orang-orang kafir terhadap umat Islam.
Mengapakah keadaan ini berlaku ??
Ia adalah disebabkan umat Islam terlalu cintakan dunia dan takutkan mati!

Sabda Rasulullah saw, "Umat yang lain akan meratah, memusnah dan menyerang kamu sebagaimana
orang-orang yang meratah makanan yang terhidang dalam hidangan mereka."

Para sahabat bertanya, "Adakah ketika itu, bilangan kami sedikit wahai Rasulullah?"
Jawab baginda, "Tidak, bahkan bilangan kamu pada masa itu ramai, tetapi kamu pada masa itu
umpama bunyi air banjir. Allah mencabut perasaan gerun terhadap kamu dari dalam hati
musuh-musuh kamu dan kemudian Allah memasukkan WAHAN ke dalam hati kamu"

Para sahabat bertanya, " Apa itu wahan wahai Rasulullah?"

Jawab Rasulullah, "Cintakan dunia dan takutkan mati"

Tidak gerunkah kita terhadap kenyataan yang disabda Rasulullah saw lebih 1000 tahun dahulu?
Cuba kita perhatikan dan hayati nasib saudara Islam kita di negara lain yang diseksa
dan dizalimi oleh musuh-musuh kita.

Astaghfirullahh... Sedih dan gerun rasanya Allah menurunkan balaNya.

Sumber : I luv Islam


Followers
Button follow memang tak ada :)

Disclaimer
Welcome message


Assalamualaikum :)
Terima kasih kerana singgah di sini




Contact Me
Ukhuwah itu indah jika kerana Allah !




Credits
Big clap for them...


Skin by : Najmi Supian
Picture take from : We Heart It
Linkies code : WANA
Big Helped : Them