There Is A Princess In Every Girl
Anda Belum Matang Sekiranya ...
Tuesday, 2 October 2012 • 10/02/2012 • 4 comments


1. Menghabiskan nilai kad telefon prabayar untuk kekasih sedangkan wang membelinya daripada kiriman
    ibu bapa anda.

2. Rela menunggu berjam-jam dalam hujan pula, untuk melihat gadis/jejaka yang anda cintai melintas jalan
    sedangkan anda solat secara ekspres (kurang dua minit untuk empat rakaat) atau tidak solat langsung !

3. Memarahi bahkan sanggup menampar adik anda yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum
    sekalipun dimaki-hamun atau dihina oleh wanita/lelaki yang anda minati.

4. Sanggup membaca novel cinta yang beratus-ratus muka surat dalam tempoh sehari, padahal tidak
    pernah membaca al-Quran walaupun satu muka surat setahun.

5. Asyik terkenang wajah kekasih yang baru seminit berpisah dengannya tetapi tidak terkenang pun wajah
    ibu yang telah berbulan-bulan tidak anda temui.

6. Susah hati jika tidak menerima surat, email atau SMS daripada orang yang anda cintai sebaliknya anda
    tahu bahawa anda sendiri sudah lama tidak mengirim berita, menelefon atau memberi SMS kepada ibu
    bapa anda di kampung.

7. Mamakai pakaian yang sehabis cantik untuk dating dengan kekasih sebaliknya hanya memakai singlet atau    
    tidak berbaju langsung ketika solat.

8. Lebih banyak mengucapkan kalimah 'I LOVE YOU' berbanding kalimah zikir seperti Subhanallah,
   Alhamdulillah dan Allahhu Akbar !

Fikir-fikirkan ... Adakah kita tergolong dalam golongan yang dinyatakan ? Jika ya, maaf... Anda belum matang ...

Dipetik dari buku Tentang Cinta



Followers
Button follow memang tak ada :)

Disclaimer
Welcome message


Assalamualaikum :)
Terima kasih kerana singgah di sini




Contact Me
Ukhuwah itu indah jika kerana Allah !




Credits
Big clap for them...


Skin by : Najmi Supian
Picture take from : We Heart It
Linkies code : WANA
Big Helped : Them