There Is A Princess In Every Girl
Ingat Sampai Mati :')
Thursday, 20 June 2013 • 6/20/2013 • 0 comments


Hai Assalamualaikum :)

Wah tajuk kemain lagi kann.. hehe 
Ok sebenarnye tak adalah serius sangat apa yang aku nak kongsikan ni.
Untuk yang dah biasa, memang tak rasa apa-apalah.
Tapi untuk orang yang macam aku ni
Memang aku ingat sampai mati :')

Minggu lepas aku dan kawan-kawan dengan beberapa orang guru
mendaki Gunung Belumut.
Sebenarnya aku tak rancang pun nak join diorang 
tapi memandangkan bas ada kosong lagi, aku pula yang ditarik.
Tapi, tak apalah. 
Sebelum ni pun aku tak pernah rasa mendaki gunung
jadi inilah peluang aku untuk rasa semua tu.

Kumpul kat sekolah pukul 6.30 pagi.


Sebelum mendaki berseri-seri muka aku :P haha

Dalam pukul 9 sampai ke destnasi
Lepas makan, dengar taklimat sikit bermulalah pendakian kami.
Kami dibahagi-bahagikan kepada empat kumpulan dan aku kumpulan yang keempat.
Seperti biasa Mael sentiasa jadi ketua :D


Masa ni masih boleh happy-happy lagi :D


Selepas beberapa minit/jam sampai juga 3km
Lagi separuh jalan untuk sampai ke puncak :D


Fuhh.. penat!
Tapi aku masih lagi bersemangat :D
Kami diberitahu bahawa jalan yang akan kiteorang lalu ni sangat mencabar
Aku ingat biasa-biasa je, tak ambil kisah sangat apa yang orang cakap tapi....

Korang cuba sendirilah baru tahu...

Tapi memang aku banyak kali jatuhh =,=
Bukan aku je, ramai kottt..
Dah tak kisah dah masa tu bila baju kotor, badan kotor.
Bila kaki aku luka. Bila badan dah mula lebam-lebam.
yang penting sampai puncak!

dan Alhamdulillah kiteorang sampai puncak dalam pukul 4 kott..
lamanyaaa.. (dari pukul 9 lebih sampai pukul 4 padahal kami diberitahu perjalanan
untuk sampai ke puncak hanyalah 4jam.)
Dalam hati *pukul berapa pulak lah kiteorang ni nak sampai ke bawah balik.

Tapi tak apa, aku tak salahkan cikgu pun sebab
cikgu sendiri cakap cikgu salah terima maklumat.

Oh ye, 
ni lah gambar kiteorang di puncak tapi sorrylah dah delete gambar.
Haha

Lepas bebebeberape minit berehat dan tidur kami teruskan perjalanan
menuruni gunung pula. 
Pukul 5 gerak agak-agak bila nak sampai bawah ye?
okey, aku buang persoalan tu jauh-jauh..
aku perlu fokus untuk melalui jalan yang penuh bahaya ini :P

Sangat terseksa.

aku nak cerita pun tak reti, memang korang semua
kena pergi sendiri, rasa sendiri...
bagi yang belum pernah mendaki apa-apa gunung lah.
kalau yang pernah tu mesti tak rasa apa-apa kan..
alah, Gunung Belumut je -_-

Hari semakin senja.
Gelap gelap gelap.... Dan gelap...

Pukul 8 kami masih belum sampai.
Masa ni memang dah ramai tumbang dan kebanyakannya adalah kawan aku sendiri.
Bila dah ramai kawan aku yang macam tu, 
senang ke untuk aku terus bertahan?

Sejujurnya aku hampir menangis dalam hutan tu...
Tapi aku tahan... tahann... dan tahannnn...
Aku tak boleh lemah. Aku kena kuat! cewahhh...
Ada kawan aku yang dah kena dukung
bergilir-gilir budak laki mendokong.
Takkan aku pun nak didokong jugak?
Uishhhh.... tak naklah.. jadi aku pun kuatkan semangat!
Aku tak nak susahkan siapa-siapa..

Masa tu pun tenaga aku tak banyak. sumber air pun tak ada.
Tekak semua orang kering.
Aku pula jenis yang setengah jam mesti minum air putih.
Aku memang cepat rasa dahaga, nak minum air je..
Lagilah bila dah penat-penat macam tu.

Dalam keadaan macam tu, Mael asyik tanya aku je
"Zati, kau okey tak?"
aku terharu dengan pertanyaan dia tu :P hahaha
yelah, walaupun kadang-kadang dia sangat menyakitkan hati
tapi sebenarnye dia sayang dengan kawan-kwan dia.
Dia sangat bertanggungjawab.
Bila dah ramai yang tumbang, soalan itu jelah yang dia tanye pada aku
Dia tak nak aku pula yang tumbang.
Eh eh jangan nak buat apa-apa kesimpulan ya,
memang dia risau kat semua orang pun.
Sepanjang perjalanan buka ayat al-Quran saja.

Sebenarnya masa tu pun aku dah tak berjalan di atas kaki aku sendiri
Maknanya, ada yang support aku untuk terus berjalan.
Shang la jadi mangsa aku. hahaha
aku pegang je beg dia tu, kat belakang dia.
kalau nak terjatuh je, aku pegang kuat-kuat beg dia.
Tapi ada jugaklah sekali tu aku terjatuh.
Memang aku agak terkejut sebenarnya dalam keadaan macam tu.
Terkedu.
Dengan gelap lagi, tak nampak jalan pun.
Aku memang tak boleh nak bangun sendiri.
Nasib baik ada orang tolong bangunkan aku.
Dan teruskan berjalan :')

Sebenarnya ada kump. lain yang dah sampai bawah
sebab diorang tak ada masalah dengan ahli-ahli diorang yang tumbang
laju je diorang turun.
Alhamdulillah budak-budak lelaki ni faham dengan kami.
Dalam penat-penat tu diorang naik balik untuk cari kiteorang
bukan dekat.
Siap bawak air lagi untuk kiteorang semua.
Masa tu... berebut-rebut kiteorang nak air.
Terasa macam 'inilah agaknya kehidupan orang yang terlalu miskin
bila dibagi air, berebut-rebut'
Pengalaman ini betul-betul bagi pengajaran kepada kami semua.

Dan, akhirnya...
Alhamdulillah... kami sampai pukul 10.
Sampai-sampai je aku cari air.
Diorang semua makan, aku dok diam je. 
Dah penat, memikirkan lagi esok ada kelas.

Sebenarnya, aku rasa bersyukur sangat sebab diberi peluang rasa
pengalaman yang macam ni.
Banyak hikmah yang aku dapat sepanjang perjalanan
kami mendaki dan menuruni.
Antaranya, aku sedar sebenarnya kawan-kawan aku sayang pada aku.
baik lelaki mahupun perempuan.
Selama ni aku bengang giler dengan Syuk, lama juga kot
aku tak tegur dia, dia tak tegur aku.
Tapi dialah yang selalu ada untuk tarik aku naik kat tempat-tempat
yang tinggi lah. guna kayu panjang.
jadi, hubungan kami sudah baik.
Selain tu, aku dapat rasa inilah kehidupan orang yang bersusah-payah
mendaki gunung Everest tu, tak kisahlah apa-apa gunung pun.
Betapa susahnya nak cari sumber air.
Air gunung ada, tapi tak berapa nak bersih.
memang boleh nampak.
Tapi apa boleh buat, air aku pun dah habis, kami semua
memang tak ada pilihan lain.
Minumlah air tu. Agak masin dan sejuk :)
Ini siang jelah, malam dah tak nampak air.

Ini antara hikmahnya lah.. ada lagi ni sebenarnya..

Lepastu sampai rumah pukul 1 lebih.
ok, masa untuk tidur.

Assalamualaikum.






Followers
Button follow memang tak ada :)

Disclaimer
Welcome message


Assalamualaikum :)
Terima kasih kerana singgah di sini




Contact Me
Ukhuwah itu indah jika kerana Allah !




Credits
Big clap for them...


Skin by : Najmi Supian
Picture take from : We Heart It
Linkies code : WANA
Big Helped : Them