There Is A Princess In Every Girl
Allah Sayang Padaku :')
Thursday, 26 September 2013 • 9/26/2013 • 0 comments


ASSALAMUALAIKUM

Syukur... Alhamdulillah... Aku masih hidup.
Masih lagi diberi kesempatan untuk merasai nikmatnya islam, nikmatnya iman.
Masih lagi mampu untuk sujud memohon keampunan kepada Allah.
Masih lagi kuat berdiri dan tersenyum.

Aku sedar aku tak seberapa.
Aku sedar aku bukanlah seperti mereka.
Terlampau banyak kekurangan yang ada pada diri aku.
Dan semua itu aku terima seikhlasnya.
Aku mahu jadi seorang manusia yang bersyukur,
bersyukur pada qada' dan qadar Allah.

Hidup tak selalunya seperti yang kita inginkan.
Terjatuh,,, bangun semula..
Itulah yang perlu kita lakukan untuk teruskan hidup,
hidup yang lebih indah, lebih bahagia.

Melihat gambar sewaktu aku masih lagi bayi,
aku ingin kembali pada masa itu.
Waktu di mana aku tidak mengenal erti sakit,,terluka
Hidup yang sentiasa gembira dan ceria, tidak memikirkan masalah.
Tapi.. aku tahu aku tak boleh kembali ke dunia itu.
Hidup perlu diteruskan.
Sejujurnya, aku mahu lari dari semua masalah ini.
Aku mahu pergi jauh, hidup sendiri tanpa sesiapa.
Meninggalkan semuanya....

Tapi, mampukah aku?
tak....aku tak mampu...

Aku tak boleh lari dari semua ini.
Aku kena hadapi juga walaupun hati aku sudah beberapa kali sakit,
beberapa kali terluka,, walau hancur macam mana sekali pun..
Aku perlu bangun, pulihkan kembali semangat aku,,semangat yang sudah hilang entah ke mana.

Hidup yang penuh dengan kepalsuan, kekecewaan dan kesedihan.
Penat,,,tapi aku percaya Allah ada sediakan hikmah yang amat indah di sebalik semua ini.
Sesungguhnya Allah sentiasa bersama aku. DIA tak pernah tinggalkan aku.
DIA tidak pernah zalim pada aku. 
Dan aku yakin, Allah juga sayang pada aku :')

Aku bersyukur kerana diberi ujian sebegini.
Aku tahu Allah tahu apa yang terbaik untukku.
Tugas aku adalah bangkit daripada segala kesedihan ini.
Teruskan perjuangan dan jangan pernah menyerah kalah.

Allah..terima kasih kerana selalu berada di sampingku
tika senang..dan susahku..

KAULAH SEGALANYA




Followers
Button follow memang tak ada :)

Disclaimer
Welcome message


Assalamualaikum :)
Terima kasih kerana singgah di sini




Contact Me
Ukhuwah itu indah jika kerana Allah !




Credits
Big clap for them...


Skin by : Najmi Supian
Picture take from : We Heart It
Linkies code : WANA
Big Helped : Them