There Is A Princess In Every Girl
5 AZAM Dalam Kenangan :)
Thursday, 5 December 2013 • 12/05/2013 • 1 comments


ASSALAMUALAIKUM :)

Hehe... Alhamdulillah... Hari ini merupakan hari yang ke-sembilan
aku bebas dari segala benda yang melibatkan SPM.
Eh, tak kot! selagi result tak keluar aku tak rasa bebas sangat -_-

Apa-apa pun perasaan lega tu ada... Gembira pun ada... Sedih pun ada!
Hmmm... Lumrah la tu kan...

5 tahun mengenali mereka,
terlalu banyak kenangan suka dan duka bersama.
Huuu... Aku betul-betul dah tinggalkan zaman persekolahan yang sangat menyeronokkan!
Lepasni dah tak ada lagi semua tu.
Dan aku pun perlu menjadi lebih dewasa.

Guru kelas aku, Ustaz Pian!
Kalau ikutkan sejarah, Ustaz Pian dengan kiteorang dah lama kenal.
2KAA, 4/1 dan 5 Azam
Tiga tahun ustaz jadi guru kelas kiteorang :)
Masa ting. 4 dan 5 aku jadi penolong kelas,
dan kalau ada pape, memang ustaz akan panggil aku.
Yea, kami semua sangat rapat dengan ustaz. :D

"Kalau ramai yang dapat sambung belajar kat Sabah, Ustaz sanggup berhenti kerja kat sini.
Jadi cikgu kat Sabah pulak"

Antara gurauan ustaz. Bila ingat-ingat balik, hmmmm...
Banyak sangat kenangan manis, kenangan pahit pun ada juga.


Mentor aku Cikgu Sulastri...


Mula-mula kenal dengan Cikgu Sulastri... Fuhhhhh!!
okey, dia garang. Nak senyum-senyum jangan haraplahh..
Tapi bila naik tingkatan 5, aku dah kenal dia betul-betul
Dia terlalu baik... Sangat baikkk :)
Sifat keibuan dia terserlah walaupun dia tak ada anak kandung.

And yah, tak lupa juga semua cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku.
Semua sekali dari tadika sampailah aku tingkatan 5.
Semuanya banyak berkorban untuk kami dan
aku doakan agar cikgu-cikgu aku semua sentiasa cemerlang dalam kerjaya mereka :)

Ini pula partner aku, Irfan... Ketua kelas 4/1 dan 5 Azam


Cikgu Sulastri jugak pernah letak dia dan Nazmi sebagai mentee aku.
Dalam makmal memang aku dok tengah-tengah antara dua budak famous ni lah..
Dan Alhamdulillah.. Aku tak pernah kena serang dengan mana-mana perempuan.. hehe


Haaa.. yang ni budak-budak laki kelas aku...
Syuk, Mael, Ajiq, Nazhan, Shyang dan Nazmi.
Masing-masing ada perangai sendiri, ada ngada-ngadanya tersendiri xD


Tak lupa juga semua kawan perempuan aku di SMK Tun Sardon :)

Semuanya aku sayang dan takkan aku lupakan...
Semoga kita semua sama-sama dapat keputusan yang sangat-sangat cemerlang dalam SPM
Ameeennnn :D












Followers
Button follow memang tak ada :)

Disclaimer
Welcome message


Assalamualaikum :)
Terima kasih kerana singgah di sini




Contact Me
Ukhuwah itu indah jika kerana Allah !




Credits
Big clap for them...


Skin by : Najmi Supian
Picture take from : We Heart It
Linkies code : WANA
Big Helped : Them