There Is A Princess In Every Girl
Bukan Lagi Seperti Dulu
Friday, 14 August 2015 • 8/14/2015 • 0 comments


ASSALAMUALAIKUM

Lama rasanya tak berceloteh kat sini, yalah umur semakin meningkat semakin banyak tanggungjawab yang kita kena galas. Masa untuk benda-benda lagha juga semakin sedikit. Haha..
Betullah orang kata kalau kita nak kurangkan maksiat, kita kena sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Sebab...

Pemuda + Masa lapang = Maksiat

Faham kan?

Dah tiga bulan lebih aku tinggalkan Kolej Matrikulasi Perlis.
Jujurnya aku rindu dengan Masjid Al-Falah.
Tempat aku sendiri, antara aku dengan Sang Pencipta.
Ya, ramai kawan-kawan masjid.
Tapi tak tahu, aku lebih suka sendiri.
Mungkin kerana masa lalu.
Kadang-kadang aku rasa aku pentingkan diri sendiri tapi tetap aku cuba 
buat apa yang mampu aku buat untuk ummah ini.
Hanya Allah yang tahu.

Berada di bumi Perlis, acap kali hati ini tersentuh dan diuji dengan sesuatu
yang belum pernah aku lalui.
Macam-macam daripada benda kecil sampailah benda yang paling besar.
Tapi semua tu dah berlalu dan sekarang masa untuk aku 
siapkan diri untuk dugaan yang lebih mencabar.

1 September 2015
InsyaAllah aku akan mendaftar di Universiti Teknologi Malaysia
Kos Perakaunan, kos yang memang aku idam-idamkan
Dan aku sedar tak mudah. Sangat tak mudah.
Siapalah agaknya bakal roommate aku? Classmate aku?
Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan.






Followers
Button follow memang tak ada :)

Disclaimer
Welcome message


Assalamualaikum :)
Terima kasih kerana singgah di sini




Contact Me
Ukhuwah itu indah jika kerana Allah !




Credits
Big clap for them...


Skin by : Najmi Supian
Picture take from : We Heart It
Linkies code : WANA
Big Helped : Them