There Is A Princess In Every Girl
SEKIAN...
Monday, 6 March 2017 • 3/06/2017 • 0 comments


ASSALAMUALAIKUM :)

Ya Allah.... lama sangat tak menulisssss kat blog ni. Hahaha
Hmm, yalah sebab tak semua benda boleh cerita kat sini kan.
Ada benda yang memang antara kita dan Allah saja tahu :)
Kalau semua nak cerita dalam blog, mana agaknya keistimewaan yang kita bagi untuk Allah kan?

Alhamdulillah, dah masuk tahun kedua kat UTM ni.
Sekejap masa berlalu, tak lama bulan 9 masuk tahun tiga pula.
Huhu cepatnya aku membesar.
Mudah-mudahan bukan umur je semakin meningkat, tapi amal juga.
Kita sendiri tak tahu, dah sampai separuh ke umur kita?
Atau sebenarnya dah penghujung umur?
Wallahua'alam...
Sebab itulah kita kena sentiasa bersiap sedia
Sebab itulah jangan sesekali seronok dengan maksiat
Kalau ditakdirkan mati masa tu juga macam mana :')
Doa sajalah, semoga mati kita nanti Allah redha.

Banyak sangat benda yang jadi sepanjang aku kat UTM ni.
Banyak sangatttt.. Dan setiap orang berbeza pengalamannya.

Ada yang kecewa sebab dipergunakan,
Ada yang kecewa dengan keputusan peperiksaan setiap semester,
Ada yang kecewa dengan presentation,
Ada yang sedih sebab berjauhan dengan keluarga,
Ada yang sedih sebab perangai 'room/team/floor/class'mate,
Ada yang sedih lecturer tak bagi markah lebih,
dan banyak lagilahhh... tak boleh nak cakap semua kat sini.

Tapi,,, 
semenjak aku kenal D&T ni semua masalah tu macam angin yang lalu je.
Sebab aku rasa banyak lagi benda lain yang perlu aku fikirkan.
Buat apa susah-susahkan diri sendiri untuk benda yang tak kekal lama?
Buat apa peningkan kepala fikir benda simple macam tu?
Huhu bukanlah maksudnya tak payah fikir langsung,
tapi kita tahu kemampuan kita dan kita yakin Allah ada.
Sebab itu benda tu dah jadi tak berat. :)

Tapi, tak tahulah sejak kebelakangan ini aku diuji dengan sesuatu yang aku lemah.
Dan sudah semestinya aku tak akan nyatakan di sini. Huhu.
Cuma nak cerita sikit-sikit aje, saja sebab dah lama tak menulis.
Blog ni pun dalam keadaan private masa aku publish. HAHA
Tengoklah nanti aku unprivate semula.

Hati perempuan.
Kadang-kadang aku sendiri tak faham walau aku sendiri perempuan. HAHA
Sejak sekolah menengah sampailah sekarang, tahun dua di UTM.
Berapa tahun tu? Lama kan. Tapi mungkin belum cukup lama.

Jauh di sudut hati, semestinya aku mengharapkan sesuatu.
Tapi kalau Allah kata 'bukan', maka bukanlah.
Dan aku tak boleh lemah sebab benda ni aje!
Hmmm... Allah masih menguji aku tentang perkara ini. 

Nurul Izzati Mohd Yahya,
ya aku tahu banyak kewajipan yang belum tertunai.
Pembentukan Individu Muslim yang masih di awang-awangan.
Pembentukan jiwa sendiri yang masih rapuh.
Dalam masa yang sama, mendidik hati orang lain.
Mengorbankan banyak perkara semata menanam cinta.

Satu benda yang aku belajar,
kekuatan aku memang datangnya dari Allah,
tapi melalui mad'u yang Allah datangkan untuk kukuhkan lagi hati ini.
Melalui perangai manusia yang pelbagai untuk aku bentuk.
Semuanya perlukan kesabaran.
Dan kesabaran ini secara tidak langsung mendidik juga hati ini.

Moga kamu dapat capai apa yang diinginkan.
Doaku sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu.
Moga thabat. <3 



Followers
Button follow memang tak ada :)

Disclaimer
Welcome message


Assalamualaikum :)
Terima kasih kerana singgah di sini




Contact Me
Ukhuwah itu indah jika kerana Allah !




Credits
Big clap for them...


Skin by : Najmi Supian
Picture take from : We Heart It
Linkies code : WANA
Big Helped : Them