There Is A Princess In Every Girl
MENYESAL
Sunday, 12 March 2017 • 3/12/2017 • 0 comments


ASSALAMUALAIKUM 

Apa khabar iman hari ini? Hehehe
Jadi hari ini satu hari tak ada kelas, kelas cancel.
Maka dengan itu, kita perlu memanfaatkan masa yang Allah bagi ni untuk selesaikan
semua benda. Semampu kita. 
Sebabnya kerja memang tak akan pernah habis.
Kalau bertangguh... hmmm tahu-tahu sajalah akibatnya.
Semua dah besar kan, dah tahu. Hehee

Jadi aku luangkan masa sikit ni untuk bercerita tentang MENYESAL
Dulu, masa kecil-kecil, masa belum matang
bila jadi apa-apa yang mendatangkan kesan tak elok
automatik timbul rasa menyesal
'kenapa aku buat macam tu ye.'
'menyesalnya aku ikut diorang'
'menyesal! menyesal!!'
dan seumpamanya...

Tapi bila 'dah besar' ni
Satu benda yang aku belajar adalah, didiklah diri sendiri untuk redha dengan ketentuan Allah.
Bila dah buat salah tu bukannya terus menyalahkan diri sendiri tapi
muhasabahlah, renunglah balik kesalahan yang kita dah buat tu.

Macam yang Kak Shahid cakap semalam,
semua benda ni dah ditetapkan Allah.
Accident? Gagal exam? Kematian?
Semua tu memang dah ditetapkan.
Jadi memang tak ada istilah akulah penyebab semua ni.
Sedangkan Allah semata yang buat benda tu jadi macam tu.

Contohnya, kalau ingat lagi kes basikal yang kena langgar tu.
Tak silap 8 orang yang terkorban.
Ada satu keluarga tu, mak mangsa dia ceritalah sebelum
kejadian tu anaknya suka marah-marah
Dan tahu apa respon netizen?
'Ha, itulah derhaka dengan mak lagi.'

Adakah maksud yang komen tadi,
sebab kau derhaka itulah penyebab budak tu mati???
Mestilah TAK!
Allah dah tetapkan pun setiap dari kita macam mana mati kita.
Tak payah sibuk-sibuk dengan apa yang dah ditetapkan
Tapi bagaimana kita respon pada benda itulah yang patut lebih dibincangkan
Bukan apa budak tu dah buat sebelum ni.

Itu salah satu contoh, yang kita rasa 
bila jadi mati tu sebab 'kejahatan' atau 'kenakalan' seseorang.
Kalau bergaduh dengan kawan pun memang Allah dah tetapkan.
Tapi macam mana kita nak berhadapan dengan situasi itulah yang penting.
Dah gaduh, gaduhlah tapi jangan biar berlarutan.
Dah gaduh, cepat-cepat cari resolusi.

Tapi, boleh aje kalau kita nak rasa kita salah tapi cukup untuk diri sendiri.
Tak faham?
Macam ni...
Kita terlajak subuh, bangun-bangun dah lewat ke kelas
Kita pun beria siap, kelam-kabut.
Tiba-tiba di tengah jalan kita accident.
Kita boleh muhasabah, dan rasa 'oh Allah tegur aku sebenarnya,
sebab tu Allah datangkan musibah.'
Dan musibah tu memang membersihkan seseorang.
Kita boleh rasa macam tu, tapi tak perlulah cerita
pada orang 'aku accident sebab aku tak solat subuh tadi'
Sebab itu memang takdir Allah.

Hee,, faham tak?

Okeylah gerak dulu. Assalamualaikum :)

Followers
Button follow memang tak ada :)

Disclaimer
Welcome message


Assalamualaikum :)
Terima kasih kerana singgah di sini




Contact Me
Ukhuwah itu indah jika kerana Allah !




Credits
Big clap for them...


Skin by : Najmi Supian
Picture take from : We Heart It
Linkies code : WANA
Big Helped : Them